seperti badak sumbu di dalam air

start november 2017 aku mula berjinak jinak dengan join aktiviti marathon. yes, KUL airport marathon 10km. dengan semangat yang berkobar kobar tanpa training langsung, 10km bukanlah sesuatu yang mudah hahaha. aku fuck sebab route dia lalu fly over, memang jahanam aku nak naik bukit dengan kadar segera tapi ok lah sebab akhirnya aku berjaya mencabar diri sendiri dan tahu kemampuan diri aku setakat mana. but i wont give up.

31 disember 2017, aku participate lagi satu acara marathon. nama dia MBSA ultron international half marathon. yang ni aku memang training gila gila sebab aku taknak barai troxx macam 10km haritu hence nak buat 5km under one hour but this event mula running malam, so untuk participate kilometer yang jauh aku rasa cam tak berapa selamat untuk diri aku yang lari lembab ni hahaha. 

beberapa orang kawan aku ada juga tanya apa yang mendorong aku join benda marathon ni. aku pun taktahu kenapa. senang cite aku takde sebab kukuh why aku join scene running. maybe sebab kadang aku migrain? tapi since before ni aku memang takde stick dengan mana mana hobi pun. travel? aku bukan jenis berduit dan tak berapa minat berjalan untuk beli pengalaman. boleh kata kehidupan aku tak macam instagram korang lah. aku just pergi balik kerja dan online gaming. 

aku tak tahu nak ulas macam mana tapi aku rasa aku buat semua ni sebab aku nak overcome dengan anxiety and depression kot. 2017 bukan tahun ada luck untuk aku, tahun paling banyak battle dengan diri sendiri je. macam macam benda nak kena adapt, semua melibatkan emosi. 

sebenarnya mula mula tadi aku nak cerita pasal banyak sangat aku makan minggu ni. hari selasa makan burger king, hari rabu makan spagethi bolognese, khamis aku lunch kat rumah and jumaat makan nasi arab, satay, dominos and chikentut. sebenarnya agak susah jika kita ditakdirkan dalam family dan kawan yang suka makan tapi itu lah namanya rezeki. nampaknya aku kena kembali ke pangkal misi dan sematkan dalam diri to run frequently, even 1k run it still run. gittew, dah jom tidur. good night.

kehidupan; terapung tak hanyut, tenggelam tak basah

wish thing will be different at the first time. but everything has already been done. and, i have to face the hard road of changing ahead of me. "be strong" says one man standing beside me. whoever he is, that man is the other side of me who wants the best for myself. while, the other man on the other side of me still wants to stay still with what i have right now.

salam tahun baru 2018. 
moga kita terus kuat untuk hari mendatang, insyallah. 

hello october!

banyak benda nak tulis tapi tak ada kegigihan yang padu. pejam celik dah bulan 10 tahun 2017. kurang dari 100 hari je nak masuk 2018. so apa yang aku nak summerize kan, 2017 ni kira tahun tough la aku nak kena hadap. yang seronok aku dapat kerja dengan environment yang baru. walaupun aku ada jugak merungut nak cari kerja baru tapi rasanya untuk quit kerja aku kena fikir banyak kali lah untuk kali ni but aku ready je dengan segala perubahan hidup kalau ada rezeki di mana mana.

kenapa aku cakap tough? aku tak dapat jumpa partner tak halal aku for 9 month. last aku jumpa masa januari jela before dia meneruskan takdir hidup bekerja di tempat orang. contacting through phone pun kurang jugak but texting sikit sikit tu ada lah. orang kata bercinta jarak jauh tu banyak dugaan. memang iye pun tapi aku lebih kepada rilek itu lebih indah hahaha poyo sial. 

bulan oktober ni aku baru perasan aku banyak overspent. babi betul lah. harini baru 10 haribulan duit aku tinggal rm250 kahkahkah kiwak betul. ahh takpe lah elaun makan aku ada rm200. cukuplah tu nak bertemu bulan gaji lagi insyaallah. 

fakta kata kalau makin gemok bukan tanda gembira atau bahagia tapi sebenarnya stress. agaknya aku stress sebab tak dapat jumpa partner tak halal aku lama sangat. yelah rindu cakap ko puii. lagi aku dah mengantuk ni, takleh nak continue writing. korang semua jagalah diri baik baik. jangan tinggal solat, banyak banyakkan berdoa tentang kehidupan kita pada tuhan. minta juga dia mudahkan semua urusan kita waktu sekarang and future. insyallah doa yang baik baik, tuhan kurniakan yang baik baik jugak. selamat malam semua.